Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

15 July 2012

10 CARA MUDAH ber...


Sudah berhabuk bersawang blog aku ni,
Haish ada lagi ke orang nak singgah menjenguk salam hai-hai kat sini..?
Tak kisahlah Cik MS oi, yang penting aku nak taip juga apa yang aku nak. (ops..sejak bila aku gelarkan diri Cik MS ni?? haha.. taram jela) ^_^  

Okey, kali ni aku nak post pasal 10 CARA MUDAH bersama dengan DSLR.
Apa..? korang dah tahu, hah kalau dah tahu apa salahnya baca jela bukan kena bayar pun kan..
just bayar internet korang guna tu je. hehehe..
Bagi adik-adik, abang-abang, kakak-kakak yang baru beli DSLR lebih afdal lagi untuk baca. 
Banyak betul bebelan aku kan. So, jom tengok apa ke benda 10 cara mudah tu.

1) Sebelum mulakan rakaman pertama korang, biasakan diri korang dengan kunci utama tetapan,keutamaan dan pelbagai menu.

2) Tetapan asas kamera untuk fotografi landskap.

3) Ketahui dail atas kamera korang. 

4) Jelajah kamera baru korang dengan lebih mendalam. 
- Imbang putih (WB)
- Sensitiviti ISO
- Memilih format fail
- Keperluan aksesori

5) Memilik kaedah fokus dan pacuan

6) Rakaman potret

7) Pastikan dedahan yang sempurna setiap masa

8) Mengunci bukaan dan kelajuan pengatup

9) Rakaman aksi hidupan liar

10) Suntingan gambar & menyimpannya dengan selamat.

That's all for today.
Esok Cik MS nak mula praktikal dah.
doakan semuanya berjalan lancar ya. Wasalam, tata! ^_^


Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

23 April 2012

Cahaya dalam fotografi, apakah peranannya?


Apakah peranannya,
ada sesiapa boleh jawab dengan teliti tak?
If tak, tak mengapa kerana di sini korang akan mendapat jawapan tersebut.
Cahaya sangat penting. Ia ada di mana-mana sahaja tidak kira waktu dan tempat.
Ia bukan sahaja berperanan untuk menyinari setiap sudut permukaan bumi malah peranannya ialah untuk menimbulkan kesan 3 dimensi dan ilusi ruang pada komposisi objek yang dirakamkan.
Oleh itu, para jurufoto dinasihatkan supaya lebih bijak untuk memilih waktu yang sesuai 
bagi merakamkan gambar supaya mempunyai cahaya yang cukup serta mengekalkan karakteristik semulajadi pada gambar tersebut.

1) Cahaya dari belakang :

Ia membawa maksud cahaya tersebut dirakam pada bahagian belakang objek tersebut. Dalam situasi cahaya seperti ini jurufoto perlu bijak memilih sudut pandangan yang memiliki kelebihan daripada kualiti cahaya belakang untuk menimbulkan kesan khas. Sebagai contoh ialah kesan lutsinar yang dapat dilihat dengan jelas terutamanya pada subjek nipis.

2) Cahaya dari tepi :

Cahaya yang dirakam dari arah kiri mahupun kanan. Jika cahaya ini dilakukan dengan kreatif ia akan menghasilkan kualiti foto yang memilikiciri-ciri 3 dimensi tersebut.

3) Cahaya dari depan :

Cahaya yang dirakam dari depan objek. Kebanyakan jurufoto gemar menggunakan cahaya ini. Hal ini kerana, ia mudah dihasilkan dengan menggunakan lampu kilat.


Ini sahaja info mengenai peranan cahaya dalam fotografi, selamat mencari ilmu! ^_^


Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

29 March 2012

Jurugambar kawen jom tukar angin sekarang!!


Apa khabar kawan-kawan blogger semua,
harap korang semua sihat walafiat..
Baiklah, kali ni aku nak hidangkan korang dengan gambar-gambar kawen yang diambil secara kreatif dan unik! :)
rasa aku, orang Malaysia mungkin tak pernah mencubanya lagi dan mungkin juga ada dikalangan korang pernah cuba tangkap gambar kawen cmni kan? hehe
Tak apa jangan malu-malu nak ngaku, nice ape!
nanti bila dah ada cucu cicit korang tengok mesti kelakar kan.
Jom tengok gambar tersebut!














TadaAaaa!! nila gambar tersebut.
Lain dari yang lainkan.
Selit-selitkan lah gambar sopan santun dengan gambar seperti ni,
Tak adalah nanti bila buka album or seangkatan dengannya asik gambar yang sopan santun je.hehe..
sekali sekala cuba sesuatu yang baru camni mesti seronok!
Nanti aku kawen nak tryla camni.hehehe. ;)

That's all for today! ^_^

kredit to : Here
Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

16 February 2012

Tips untuk menjadi seorang jurugambar :)


Bagi mereka di luar sana yang ada angan-angan nak jadi jurugambar yang berbayar seperti aku, mestilah tahu beberapa tips. Sebelum korang nak jadi jurugambar pada orang lain, korang perlulah ada perkara asas yang perlu korang ambil tahu. Bukan setakat peralatan kamera yang mencukupi malah ini adalah antara perilaku korang terhadap kerja yang korang ceburi tersebut.

Tipsnya ialah :

  • Membuat persediaan awal, korang mestilah membuat persediaan yang rapi dan janganlah asik menunggu peluang datang bergolek ke arah korang je.
  • Walaupun sekarang zaman moden, jangan membuat perniagaan melalui internet sahaja. Memanglah maju tapi tak berkembang..
  • Menepati masa, kalau korang suka melambatkan masa kemungkinan korang akan seringkali terlepas peluang. Maksud disini, pastikan korang datang awal sebelum sesuatu shoot bermula
  • Sentiasa membawa business card bersama ke mana korang pergi.
  • Jangan kedekut. Melaburlah sedikit untuk promot korang punya bisnes tu. Buatlah risalah dan brosur untuk mempromosikan korang punya bisnes tu untuk lebih maju, tapi ingat jangan pula membazir. Tapi kalau korang rajin tak adalah bazirnya. ^_^
  • Sentiasa bersikap profesional dan juga relax supaya client korang selesa dengan korang sewaktu photoshoot.

Inilah antara tips asas yang korang perlu ada. Baiklah, selamat maju jaya ye! ^_^

 

Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

05 February 2012

Senarai Lensa Terbaik!




Sebelum tu, aku nak ucapkan SALAM MAULIDUR RASUL.
Banykkan selawat ke atas Nabi. Semoga hidup kita lebih diberkati. amin. ^_^
Baiklah, post kali ni aku nak update mengenai senarai lensa terbaik yang ada di planet bumi ini.
Kebanyakan fotografer yang pro dan juga amatur menyifatkan lensa tersebut adalah yang terbaik dalam semua fungsi dan harga.

Lensa-lensa tersebut ialah :

Canon EF-S 55-250mm f/4.0-5.6 IS



Info : Ia menggabungkan teknologi penstabil optikal Canon, dengan fugsi zum prestasi tinggi yang memberikan kepelbagaian untuk merakam cahaya yang malap. Selain itu, lensa ini juga mempunyai fungsi pelbagai bagi membolehkan para jurufoto merakam aksi pantas atlet sehinggalah ke potrait dengan latar belakang yang kabur.  Nisbah tinggi lensa ini sama dengan saiz 88-400mm dalam format 35mm.


AF-S DX Nikkor 35mm f/1.8G



Info : Lensa ini hanya serasi dengan format DX sahaja. Walaupun begitu, ia masih di anggap sebagai lensa standart untuk kamera (SLR) digital termasuk kamera asas Nikon D40/D40X/D60. Untuk mereka yang suka mengambil gambar landskap lensa ini sangat sesuai. Lensa ini akan mengurangkan efek bayang yang akan mengekalkan keaslian imej. Bukaan aperture f/1.8 yang besar, sesuai untuk rakaman cahaya yang rendah.


Olympus Zuiko SWD 12-60mm 1:2.8-4.0 ED


Info : Jarak lensa ini bersamaan 24 hingga 120mm pada kamera digital Olympus. Elemen kaca pada lensa ini memastikan prestasi definisi tinggi yang memberikan ketajaman imej. Lensa ini korang boleh ambil gambar dalam jarak yang dekat iaitu 25 sentimeter pada semua peringkat zum. Untuk pengetahuan korang, Lensa ini juga memaparkan fokus auto paling pantas dan senyap di dunia!


Sony Carl Zeiss 16-80mm f/3.5-4.5 SAL-1680Z


Info : Lensa ini khas untuk Sony Alpha SLR digital sahaja. Ia kompak, mudah digunakan dan memberikan ketepatan yang luar biasa. Lensanya yang fleksibel memberikan sudut lebar 24mm sehingga ke telefoto 120mm (bagi format 35mm) tanpa mengurangkan kualiti gambar. Merujuk dengan reka bentuk lensa ini, ia menjadikan antara lensa yang paling berharga dalam dunia fotografi digital. Selain itu, ia juga direka khusus untuk imej DSLR yang juga boleh digunakan pada kamera Konica Minolta. 


Sigma 50mm f/1.4 EX DG HSM


Info : Lensa ini direka untuk DSLR Nikon. Ia sesuai untuk mengambil gambar landskap, sukan dan potrait. Dengan bukaan yang besar merakamkan keterangan cahaya yang lebih bermutu. Jarak fokus minimum 45 sm dan pembesaran maksimum 1:7.4 menjadikan latar imej lebih kabur walaupun aperture kecil. Dengan adanya Hyper Sonic Motor (HSM) yang lebih senyap untuk sistem autofokus kelajuan tinggi. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sistem fokus manual boleh batal dan tombol fokus yang selesa. :)


Jadi pada pengguna Nikon, Sony Alpha, Olympus, Canon tunggu apa lagi? 
Dapatkannya sekarang supaya hasil gambar akan jadi lebih bermutu. ^_^



Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

27 January 2012

Bagaimana nak rakam gambar potret?




Berhari-hari tak sentuh blog ni..cuti raya la katakan. cewah, macam aku lak yang raya kan.haha..
rindu sangat-sangat sama blog merpati ni untuk update info yang menarik untuk korang semua.
Baiklah, kali ni aku nak update mengenai, Bagaimana nak rakam gambar potret.
Di sini korang akan dapat jawapan tersebut.
Rakaman gambar dari rakan korang, keluarga mahupun merakam gambar fesyen sebagai sesuatu majlis ke apa ke, kaedah rakaman yang berterusan dan berkelajuan tinggi amat penting untuk jurufoto.
Malah lebih penting lagi dengan memilih jarak fokus yan diingini.

Sebaiknya jarak fokus 50mm atau lebih panjang lebih bagus untuk potret menjadi lebih menarik.
Jika menggunakan bukaan f/2.8 atau f/5.6 ia boleh membuang gangguan pada latar belakang dan segera membuatkan subjek atau objek yang dirakam akan menjadi lebih menonjol berbanding pemandangan sekeliling malah ia membantu seluruh subjek/objek muka menjadi lebih tajam.
Untuk hasil yang terbaik, korang kena fokuskan pada mata model tersebut.

Selain itu, menetapkan kaedah meter ke Multi-zone atau Centre-Weighted seharusnya dapat digunakan dalam pelbagai situasi.
Jika menggunakan latar belakang yang cerah, korang gunalah Spot Metering atau imbangan dedahan.
Bagi potret di luar bangunan pula, merakam dalam cahaya suram atau senja dapat membantu menghasilkan imej yang lebih lembut dan menyerlah, lebih kurang gambar sunsetla.

Tapi ingat ye, elakkan cahaya terang di atas kepala model..
hal ini kerana ia akan membuatkan model korang tu akan gelap pada bahagian bawah mata dan menjadikan model korang kelihatan seperti beruang panda.hehe..
Tapi kalau nak model korang macam beruang panda pun tak salah, 
tak payahlah elak cahaya terang kat atas kepala tu. hehe.. :D
oklah korang, inilah jawapan dari soalan di atas tu. Selamat mencuba! ^_^



Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

13 January 2012

Maksud Juxtaposition




Kali ni aku ingin membiacarakan mengenai Juxtaposition.
Siapa tahu apa itu Juxtaposition, sila pandang skrin komputer atau laptop korang?
Aik, semua orang dah tahu apa tu Juxtaposition, jadi nak tahu lagi tak? 
sebab ada yang terkebil-kebil tu tandanya tak tahu lagi la tu kan? hehe..

Nampak bukan main susah kan perkataan JUXTAPOSITION ni padahal maksudnya ringkas saja pun
maksudnya ialah satu gambar yang mempunyai dua objek atau subjek
dan terdapat perbandingan antara objek / subjek tersebut
sebagai contoh :




Gambar seperti inilah dikenali sebagai Juxtaposition. 
gambar di atas bukan dari goggle image taw..
tu semua barang hak milik aku. :)
Baru je tangkap tadi. Jadi tak banyak sangat koleksi juxtapositon. hehe..
oklah korang, kalau nak tengok gambar selain di atas
korang boleh pergi ke goggle image atau ke sini 
sebelum tu, jangan lupa folow aku ye, lepas tu tinggalkan jejak di komen
aku akan jejak korang kembali.
Selamat maju jaya! ^__^



Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

12 January 2012

Pod-pod.. Tripod atau Monopod??




Kali ni aku nak buat perbezaan antara tripod dan juga mnopod
mungkin ada di luar sana nak beli tripod atau monopod tertanya-tanya
Apa beza tripod dengan monopod ni..?
Apa fungsi tripod dengan monopod ni..?
Jadi mari kita lihat perbezaan kedua-duanya walaupun ia mempunyai fungsi yang seakan sama

TRIPOD UNTUK DSLR


Tripod ni sangat penting di kalangan mereka yang suka bergambar menggunakan DSLR
bentuk fizikalnya mempunyai tiga kaki
ia sebenarnya diperlukan apabila para fotografer ingin menangkap gambar pada waktu malam dan ketika menggunakan shutter yang paling perlahan
tujuannya ialah untuk mengelakkan gambar menjadi gegar
bila gambar gegar, gambar pun jadi tak lawa..betul tak?

Mesti korang fikir tripod ni hanya untuk mereka yang ada DSLR saja kan?
siapa fikir macam tu, korang salah sebenarnya..
bagi mereka yang tak ada DSLR pun kalau nak guna tripod boleh juga
tetapi bukan jenis macam yang di atas tu,
untuk yang guna kamera digital biasa atau kamera telefon bimbit 
korang boleh pilih seperti gambar di bawah ni


MOBILE TRIPOD



TRIPOD KAKI FLEKSIBEL


Fungsi dan bentuknya sama saja dengan tripod yang untuk DSLR tu.
Baiklah, kita lihat pula fungsi monopod



Bentuk fizikal monopod sangat berbeza dengan tripod,
monopod mempunyai satu kaki sahaja
Fungsi monopod ni ialah self standing menyerupai tripod
Cara berdiri untuk menggunakan monopod adalah seperti gambar rajah di bawah





Baiklah, itu saja perbezaan tripod dan juga monopod.
Jadi sekarang kepada mereka nak membeli tripod atau monopod ini 
pilihlah yang mana satu korang berkenan di hati tu 
Selamat membuat pilihan! ^__^

*gambar semuanya atas ehsan goggle image



Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

07 January 2012

Memilih jenis kamera untuk di beli



Entry kali ni bertajuk seperti yang tertera di atas tu hah,hehe
sebelum tu aku nak tanya korang
siapa ada kamera? pandang skrin laptop atau komputer korang

bagus! rata-rata semua ada kamera
jadi kepada mereka yang baru nak beli kamera tu
ni adalah antara kamera yang ada di bumi bertuah ni.

Secara umumnya, kamera terbahagi kepada 3 iaitu kompak, semi-kompak dan DSLR

contoh kamera kompak

Kamera kompak adalah kamera mudah alih serta mempunyai saiz yang kecil supaya mudah dibawa kemana sahaja. Selain itu, ia juga mudah dimasukkan ke dalam poket mahupun beg tangan korang. Kebanyakan telefon bimbit berkamera juga boleh di anggap kategori ini. Kebanyakan kamera jenis ini mempunyai zoom sama adazoom digital atau analog. Biasanya kamera jenis ini mempunyai antara 5-12 megapiksel. Jika dahulu, kita perlu buat pilihan antara kamera kecil atau gambar yang berkualiti, tapi sekarang, kamera kecil juga sudah setanding yang berkualiti. Kamera kompak juga memiliki beberapa tahap konfigurasi gambar seperti auto flash, auto fokus, mode malam dan sebagainya. Biasanya kamera ini mempunyai konfigurasi yang mudah dan terhad. Malah ia boleh dikatakan kamera jenis automatik.

Manakala, bagi kamera semi-kompak pula, ianya lebih besar dari kamera kompak. Ia mempunyai lensa yang terbonjol keluar daripada badan kamera dan tidak boleh ditukar. Konfigurasi kamera ini pula adalah lebih banyak. Kualiti gambar juga agak tinggi dan boleh dianggap sebagai kamera pertengahan. Antara kelebihan kamera ini ialah kelajuan shutter yang boleh di ubah. Dengan shutter, objek bergerak boleh dipegunkan. kamera ini biasanya memiliki zoom sehingga 12 kali berbeza dengan kamera kompak.

Kamera DSLR pula adalah yang paling mahal dan tercanggih. Ia juga paling berat. DSLR bermaksud Digital Single Lens Reflex. Kamera ini cermin untuk memantulkan gambar. Perbezaan ketara kamera ini adalah lensa kamera boleh ditukar. Lensa boleh ditukar kepada lensa sudut lebar (white-angle) atau fotografi jarak jauh selain menggunakan kanta yang lebih berkualiti. Biasanya kamera jenis ini dimiliki oleh jurugambar profesional, wartawan atau peminat fotografi seperti aku.hehe.. Hal ini kerana, boleh mengambil gambar lebih tajam dan berkualiti. Konfigurasi kamera ini juga lebih banyak dan boleh ditukar mengikut selera korang. Ia juga boleh memilih mood auto mahupun manual.

Contoh kamera DSLR

Itulah kamera yang terdapat di bumi korang tinggal ni, pilihlah kamera yang sesuai dengan korang. Jangan terlalu ikutkan kawan, jika kawan beli DSLR kita pun nak beli jugak.. Sedangkan kita tak mahir menggunakannya. Tapi, kalau nak mahir DSLR pun boleh saja, rajin-rajinlah singgah di blog ni ye. :)



Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

06 January 2012

Lokasi murah dan jimat




Kali ni aku akan buat satu entry lokasi murah dan jimat!
apa? untuk pergi melancong atau honeymoooooOOn?
eh, bukan-bukan..
ni pasal lokasi untuk para fotografi dan mereka yang suka bergambar la. hehe..
nak tahu kat mana lokasi tu?
kediaman rumah koranglah.,
hah kan dah jimat dan murah dalam erti kata lain free 100% taw. hehe

        (gambar atas ehsan goggle image)

Untuk kebiasannya, sebuah rumah sememangnya tidak mempunyai kelengkapan yang serba lengkap
seperti tirai latar belakang studio atau lampu denyar yang pelbagai. 
Apa yang korang temui dan boleh digunakan adalah campuran pencahayaan semulajadi 
dengan cahaya buatan seperti cahaya dari lampu dapur, loket, tanglung hiasan, lilin dan sebagainya.
Semua cahaya ni boleh pakai untuk menghasilkan kesan yang dramatik.

Untuk pengetahuan korang semua, jika korang shoot potret jenis monochrome,
korang tak perlu bimbang mengenai tetapan 'white balance'
Selain itu, korang boleh guna mana-mana ahli keluarga, jiran, 
atau binatang peliharaan korang sebagai model shotting kali ni :)

Tak susah bukan? hehe..
ni la lokasi paling murah dan jimat untuk menangkap gambar
anggaplah rumah korang tu sebagai studio idaman. 
baiklah, ini saja entry untuk kali ini. ^_^



Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

05 January 2012

Kreatif, adakah satu beban?





Entry aku kali ni nak merpersoalkan adakah kreativiti itu di anggap sebagai satu beban?
kalau betul ia sebagai beban,
berapa bebanankah yang korang anggap?

sebenarnya, kreativiti ni tak beban pun 
bagi sesiapa yang rasa ia satu beban, korang tu yang bermasalah sebenarnya.hehe
Di dalam fotografi, seperti perkara, hal-hal atau situasi-situasi yang lain
ia sebenarnya bergantung kepada keseimbangan.
Kamera tradisional yang memberi korang kebebasan kreativiti secara amnya besar dan juga berat..
kamera tradisional ni sebenarnya seperti kamera korang yang lama-lama tu, yang manual 
manakala kamera kompak pula, walaupun melambang kebebasan dari bebanan
ia sebenarnya menyekat kreativiti korang
yela..mana tidaknya rata-rata guna auto je

tetapi korang janganlah risau,
kalau guna auto pun boleh saja tunjukkan kreativiti korang tu
bila dah guna auto, korang kena jaga dari sudut cahaya, framming, 
maksud gambar yang di ambil dan sebagainya..
jangan pula, dah guna auto yang lain pun main taram saja
kalau macam inilah gayanya, sampai bila nak kratif, betul tak?

Oleh itu, jangan jadikan alasan kreativiti tu sebagai satu beban untuk menangkap gambar.
ini sahaja entry untuk saat ini, detik ini, jam ini dan waktu ini. ^_^



Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

11 December 2011

Realiti untuk JADI KAYA! ^_^






hai kawan-kawan merpatisejoli45
rasa lama aku tak update blogkan..
maaf sesangat sebab akhir-akhir ni aku sibuk banyak.huhu..
sekarang ni bila dah bangun awal n tak ada apa nak buat aku update blog yang dah lama bersawang ni.huhu..
entry aku kali ni nak ajar korang untuk jadi kaya.
siapa nak jadi kaya? 
kalau tanya aku, surelah aku pun nak jadi kaya, cuma belum ada rezeki untuk jadi kaya raya.. 
apa-apa pun aku tetap bersyukur dengan apa yang ada sekarang. ^_^
ok, kita tanya siapa nak hidup susah? aku berani jamin, tak ada siapa dalam dunia ni nak hidup susah. betul tak?
kalau tak caya, cuba tanya dalam diri sendiri.

baiklah, teruskan membaca ye kawan-kawan :)
apabila korang dah mampu menjana keuntungan ataupun sudah mempunyai modal tak kira besar ataupun kecil, kadangkala korang mesti fikir nak buat bisnes kan. 
langkah untuk mulakan bisnes :


PERTAMA pilih salah satu bisnes di bawah
1) bisnes milikan tunggal iaitu bisnes tu nama korang sorang je 
2) partnership iaitu ajak saudara or kawan-kawan korang untuk gabung modal untuk buat 1 bisnes
3) syarikat iaitu korang buka syarikat untuk bisnes korang 


KEDUA korang fikir pula nama pada bisnes korang tu
sebagai contoh :
angan-angan aku, InsyaAllah akan jadi realiti iaitu
aku nak buka restoran milikan tunggal jadi aku fikir nama restoran tu aku nak letak nama Merpati's
sempena merpatisejoli bersempena pula keakraban aku bersama insan tersayang iaitu alif nor nashriq ^_^

lepas korang dah cari nama paling kurang 3 nama untuk bisnes tersebut
nak taw sebab apa? sebab bisnes korang tu mestilah kena daftar supaya saman menyaman bakal berlaku.hehe..hah, saman menyaman pun boleh kaya tapi bole miskin jugak..
so, jangan fikir untuk saman-saman orang kalau tak perlu ok


KETIGA target pelanggan
Cari tempat yang strategik supaya boleh dapat target pelanggan yang korang cari. jangan pula korang nak bukak kedai yang mahal-mahal korang bukak kat kawasan kampung
memang tak jalan lah bisnes korang..jadi perlulah bijak mengenal pasti pelanggan.

tu jela cara nak jadi kaya.hehe..
dah terbukti dari zaman Rasullah di mana zaman Rasullah kebanyakannya buat bisnes dan boleh berkembang maju, jadi contohilah teladan Rasullah ^_^
ini saja entry untuk kali ni, apa? 
kenapa aku update pasal ni dalam blog yang memangnya untuk fotografi & kamera?
sebab, fotografi pun boleh buat bisnes kalau bijak mengatur langkah ^_^
sebenarnya tak kira fotografi ke apa, bisnes apa-apa pun boleh maju
jadi selamat maju jaya ye kawan-kawan ^_^



Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

12 November 2011

Anda tergolong jurufoto yang mana?




Selalunya orang hari sabtu begini keluar dating tapi aku update blog.hehe..
yela mana taknya awal lagi kot kalau nak keluar. kan? lagipun my future husband i wat part time hari ni..
(mesti ada org ckp : ni pn nak gitaw kan.) so aku akan jawab (ada aku kisah?) hehe.
Baiklah, kali ni aku nak update mengenai 3 golongan jurufoto.
bukan apa, aku pilih untuk update pasal ni sebab nak korang tahu lah
korang tu berada pada golongan yang mana satu. 
Jadi jom kita teruskan membaca apa itu 3 golongan tersebut :

golongan pertama : BARU BELAJAR (Tiada Pengalaman)
korang mungkin dah berjaya mengambil gambar dengan menggunakan kamera kompak tetapi bukan DSLR. korang sememangnya mempunyai minat yang mendalam terhadap fotografi tetapi sering kecewa kerana tidak mempunyai kesemua pengetahuan asas yang diperlukan untuk memiliki kawalan terhadap foto korang. Jadi  bila dah tak ada pengetahuan, korang apa lagi guna auto la 100% untuk dapat gambar yang cantik-cantik, senang..betul x?  Jika ditanya tahap kemahiran fotografi korang, jawapan korang adalah OK.  Jangan risau, walaupun korang baru belajar, namun mungkin korang ada beberapa shot yang hebat mengikut pandangan korang sendiri. Jadi, tingkatkan lah kehebatan korang tu! :)

golongan kedua : ENTHUSIAST (Advanced Amateur)
korang telah menggunakan DSLR beberapa tahun dan mungkin juga memiliki kamera DSL 35mm. korang mnenganggap diri korang setaraf dengan jurufoto berkebolehan yang sekurang-kurangnnya korang mengetahui perkara mengenai keperluan asas untuk menghasilkan imej yang sempurna dan well exposed. Selain tu juga, korang ni dikenali di kalangan rakan dan keluarga sebagai jurufoto yang baik. Malah perkhidmatan korang juga dicari oleh mereka semua. Dalam masa yang sama, korang mengekalkan minat korang terhadap fotografi ni dan dalam masa yang sama juga korang mencari idea baru, teknik dan kemahiran untuk dipelajari bagi mengembangkan bakat sedia ada.
 
golongan ketiga : PROFESIONAL (Advanced Enthusiast)
korang mungkin bukan jurufoto sepenuh masa, tetapi korang ada kreativiti bagi menghasilkan gambar itu menjadi cantik. Korang juga tahu membuat wang di dalam dunia fotografi ini. mengambil gambar adalah pembangkit selera korang, korang juga tidak akan duduk diam apabila tiada kamera DSLR mahupun kamera kompak yang berkualiti sebagai ganti untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Hal ini kerana, korang akan menjadi sedih apabila korang terlepas shot yang menarik untuk ditangkap. hajat menjadi seorang pro merupakan impian agung korang, tapi atas beberapa sebab ia menjadi tidak sesuai untuk waktu sekarang. dalam masa yang sama, korang juga mempunyai beberapa perancangn dan memiliki keazaman tinggi untuk menjadi fotografi sepenuh masa. untuk meningkatkan lagi tahap profesional korang, korang seringkali membeli/membaca majalah fotografi sebagai panduan korang, malah korang juga menyertai pertandingan fotografi. korang join pertandingan tu bukan untuk menang tetapi sebagai cabaran untuk meningkatkan tahap korang. Bila dah berada tahap ni, dah tentulah korang mempunyai kelengkapan yang cukup bagus untuk fotografi. betul tak? mesti betul punya kan.hehe. :)

jadi macam mana, korang dah tahu ke korang berada golongan yang mana satu?
kalau dah tahu baguslah. :)



Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

03 November 2011

Sedut, sudut ataupun sendat




dut,dut,dut
sedut sudut sendat kembali lagi.
hola2 u all..jumpa lagi ^_^
ok kali ni aku nak sambung post yang sebelum ni iaitu pasal bunga.
kamu semua rasa apa perkataan yang sesuai antara tiga perkataan ni?
"sedut / sudut / sendat " yang mana satu kita akan fokus untuk post ni?
hah, cepat ce teka cepat, sapa dapat jawab menang camera dslr dalam mimpi.. hiwhiw :D
baiklah,memandangkan tiada yang dapat jawab, tanpa buang masa aku dan kamu semua moh kita teruskanlah ye.. kita akan fokus pada SUDUT. 
berhubungkait dengan post sebelum ni, jadi post ni aku akan gitaw kamu tentang sudut pandangan yang korang boleh ambil gambar untuk shot bunga. Terdapat 3 shot yang boleh kamu cuba iaitu 

BAHAGIAN ATAS :
Sesetengah subjek memang sesuai untuk diambil dari sudut atas, untuk percubaan yang baik pilihlah bunga macam bunga ros, mawar atau dahlia. Nak tau sebab apa? sebab bunga yang aku bagi contoh ni bila pandang dari atas ia kelihatan berbentuk simetri atau tetap dalam komposisi dengan meletakkan di tengah-tengah viewfinder camera kamu semua

SELARI :
Bagi pandangan ni sangat sesuai untuk alam semulajadi. Tambahan lagi, untuk pandangan ni juga membolehkan kamu mendapatkan latar belakang yang cantik dan bersih dengan menghasilkan jarak antara subjek (bunga) dengan latar belakang.

RENDAH :
Ok, sudut yang last sekali ialah sudut rendah. Maksudnya di tangkap dari pandangan bawah. Ia adalah pendekatan yang bagus untuk menghasilkan komposisi lain daripada biasa dan dinamik. hah, ni macam posisi badan kamu lah yang aku dah gitaw awal-awal tu.hehe..  selain itu, gunakan right angle finder atau Live view DSLR untuk bantu dalam komposisi ini ok.

mcam mana, ada faham? hehe..
kalau tak faham jangan malu-malu nak tanya taw.
ok, dari aku dok bebel je kan baik aku bagi contoh bunga yang aku tangkap
tapi idaklah lawa mana pon...sebab aku pun dalam proses belajar..
mailah tengok sama-sama :)




Ni jela contoh yang di kira terbaik bagi aku.hehe..
Kalau tak cantik ke apa ke maafkanlah ye.
kalau nak tengok gambar laen klik sini..!!
k la korang, aku pun dah pening ngadap laptop ni,
tapi sebelum tu, aku nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA"
pada mereka yang pulang ke kampung tu berhati-hatilah ye di jalan raya ingat orang yang tersayang ye.
doakan aku gak eh, esok aku balik perak.. :)




Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

01 November 2011

November di Taman Bunga :)




hola,hola,hola..!!
hye kamu semua, dah bulan 11 dah kan. cepatnye masa berlalu..
memandang kan sekarang dah bulan november jadi salam november untuk kamu semua! :)
post kali ni aku nak update mengenai november di taman bunga. jeng-jeng.
siapa tahu aku nak cakap pasal apa?
no,no,no..bukan pasal dating, date or datin taw..
ni aku nak update pasal cara-cara menangkap gambar di taman bunga :)
bunga ada di mana sahaja, pelbagai warna dan pelbagai jenis.
jadi apa kata kamu semua cuba tangkap gambar yang cantik-cantik
ape? tak ada dslr.. alah xde dslr pun boleh je tangkap gambar guna handphone..
tambah-tambah hp orang sekarang kan canggih-canggih..tak mainlah kan hp biasa-biasa..ye idak?
bak pepatah orang yang gila gajet la kan. aku tak gila gajet sangat. hehe..
tapi pada yang ada dslr tu, bukan setakat camera je taw untuk tangkap gambar bunga ni..
peralatan lain ialah :


 

1) Lensa
yang ni dah tentu sangat penting, kalau tak de yang ni macam mana nak tangkap gambar?
guna handphone la jawabnye ye. Namun mungkin ada sesetengah mereka di luar sana lebih suka guna makro lens sebab boleh close up dengan lebih dekat atau lebih detail.


 2) Reflector
amboih..kusyuk no tengok gambar ni ye..
dalam Islam kalau yang belum kawen tu jangan tiru aksi seperti ini lak yeh.
ok, reflektor ni sangat sesuai untuk memantulkan cahaya atau kilauan semulajadi malah ia juga mampu memberi perlindungan kepada shot kamu semua supaya tak ditiup angin.


3) Plamp bukan pelam taw.
plamp atau Wimber Plamp ni pula bertindak sebagai tangan tambahan kamu.
Tahu tak fungsi plamp ni apa, kalau tak tahu tengok gambar di bawah ni yang dalam bulatan warna merah tu.
nampak tak, ada macam tali dari kaki tripod ke batang bunga tu?
hah, macam tula fungsinya.


4) Tripod
ia membantu kamu supaya tiada berlaku gegaran sewaktu menangkap gambar.
bila gambar tak gegar baru lah cantik. ye idak?
ia bukan setakat bantu untuk tidak gegar malah tripod juga memperlahankan proses penggambaran yang membenarkan kamu untuk melakukan fine-tuning dengan lebih lama.

 

5) Spray bottle
alat yang terakhir ialah spray bottle.. hah, ni bukannya apa, just untuk buat titisan air yang akan menambahkan skala, kilauan dan elemen yang menarik kepada tumbuhan tujuannya adalah untuk close-up. jadi siapa yang nak lagi detail close up tu dengan titisan air, jangan lupa bawa spray bersama kamu taw. 

Orait. ni sajalah peralatan (gear) yang diperlukan. Peralatan semua kamu dah tahu. Cuma ada sikit lagi perkara yang perlu kamu tahu lagi, untuk tangkap gambar berkenaan bunga ni... kalau nak tahu tunggu lah pada post yang akan datang ye. Jadi kenalah sabar menunggu,hehe.. aku akan update post secepat mungkin.
*gambar semua atas ehsan goggle. 



Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

Copyright©2011.All Right Reserved by MERPATISEJOLI45