Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

20 January 2012

Tips Makro...guna kamera kompak sama tak dengan DSLR (part 2)




Jumpa lagi dengan sambungan yang semalam ye.
Baiklah kita teruskan ke tips yang seterusnya :

4) Komposisi
Untuk para fotografi ia tidak akan lari dengan komposisi. Apabila hendak mengambil gambar,
pastikan setiap imej yang hendak diambil itu mempunyai titik perhatian dan meletakkan titik fokus dalam komposisi yang baik bagi membolehkan pandangan mata korang terus ke objek yang dirakamkan. Kalau boleh jangan rakamkan latarbelakang yang serabut. Hal ini kerana, untuk mengelakkan objek utama tidak tenggelam atau bersaing dengan latar belakang.

5)  Flash
Bagi mengambil gambar micro, menggunakan lampu semulajadi atau lampu buatan merupakan aspek yang penting. Cabaran menggunakan kamera kompak ialah korang tidak mempunyai kawalan penuh terhadap flash. Jadi pemilihan waktu yang sesuai sangat diambil berat.  Untuk hasil yang baik, pilihla waktu siang.

6) Rakam Gambar
Apabila korang dah bersedia dengan kesemua tips yang diberi, rakamlah gambar yang dikehendaki korang. Setelah merakam, pastikan korang meneliti imej tersebut pada LCD. Zoomkan gambar tersebut untuk melihat fokus korang tu kena sasaran yang korang nak.  Selain tu, untuk mendapatkan hasil yang terbaik, cuba korang rakam dengan menggunakan aperture, komposisi dan fokus yang berbeza. Untuk pengetahuan korang, sesetengah kamera kompak mempunyai aksesori tambahan bagi fotografi micro. Jadi, bagi korang yang gemar untuk membuat banyak kerja micro, pelaburan membeli aksesori ni bukan sesuatu yang membazir.

7) Pemasa Sendiri
Kebanyakan kamera kompak tidak mempunyai fungsi yang menggunakan kabel pelepas pengatup seperti DSLR, tetapi sebagai ganti korang boleh setkan masa korang dengan sendiri. Sebagai contoh, seolah-olah korang tidak menggerakkan kamera ketika mengambil gambar untuk beberapa saat.


Hah, itu saja tips yang diperlukan oleh korang yang memiliki kamera kompak untuk mengambil gambar micro.
Apa? tak tahu gambar micro tu camne..?
Ok-ok, jangan risau.. ni aku bagi contoh gambar micro sekali :




kedua-dua gambar di ambil dari goggle image

Inilah contoh gambar micro,
goggle image je..goggle je terus dapat.hehe. Sebenarnya aku malas nak godek album sendiri..
Maklumlah dah tengah hari, perut pun dah berdondang sayang..
Jumpa lagi pada entry akan datang. 
Bagi mereka balik ke kampung hati-hati di jalan raya
Untuk diri sendiri juga, aku akan balik perak after jumaat nanti.
Doakan aku selamat sampai ye kawan-kawan.
Sebelum tu, aku nak ucapkan kot-kot ada pembaca yang menyambut tahun baru cina kan

Huaren xinnian,
gongxi gongxi, gongxi facai
Gongxi gongxi, xinnian kuaile!
dan
 tak lupa juga pada kekasih jantung hatiku
yang menyambut hari lahir esok iaitu 21 Januari 2012
Selamat Hari Lahir yang ke 23 hubby! 
^_^



Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

19 January 2012

Tips Makro...guna kamera kompak sama tak dengan DSLR (part 1)




Apa khabar?
harap korang semua sihat walafiat. :)
Maaf lambat update, disebabkan aku baru habis final exam,
Alhamdulillah..harap-harap result akan lebih gempak gedebaboOmM! :)
kali ni aku nak update mengenai makro..
Menggunakan kamera kompak mampukah sama dengan DSLR?

Sesetengah para penulis, seringkali menulis mengenai fotografi maikro atau macro untuk mereka mempunyai kamera DSLR dengan lensa macro, tetapi bagaimana bagi mereka yang hanya ada kamera kompak saja?
Jangan risau, di sini pada part 1, korang pasti akan dapat jawapannya.
Ada beberapa tips untuk membantu korang untuk mendapatkan hasil yang berkualiti :

1) Pilih Mod Macro
Secara nyata, ini merupakan langkah pertama namun agak menghairankan apabila pemilik kamera kompak kadangkala terabai mahupun terleka atau tidak pernah mencuba untuk menukar mod tangkapan yang ada pada kamera mereka. 
Biasanya lambang mod macro menggunakan ikon bunga kecil dan apabila dipilih ia akan mengarahkan kamera untuk memfokus kepada objek yang lebih dekat.
Selain itu, mod macro juga mengarahkan menggunakan aperture yang lebih besar supaya subjek atau objek akan lebih terang dari latar belakang.

2) Gunakan tripod
Bagi menangkap gambar micro,
penggunaan tripod menjadi sangat berguna walaupun merakam melalui kamera kompak.
Hal ini bertujuan, untuk memastikan kamera korang sentiasa pegun dan gambar tidak bergoyang.
Malah ia membenarkan korang mencuba plbagai tetapan tanpa kehilangan komposisi subjek atau objek.

3) Fokus
Dalam fotografi micro, ia akan membantu jika jurufoto mempunyai kawalan penuh terhadap fokus terutama ketika korang hanya mempunyai kedalaman medan yang sedikit. Ini akan membolehkan hanya subjek atau objek mahu dirakamkan memperolehi fokus yang tepat. Jika kamera korang boleh fokus secara manual, maka pilihlah opsyen ini dan fokus secara manual pada bahagian subjek atau objek yang dinginkan untuk mendapatkan titik perhatian. 


Baiklah, pada part 1 ni hanya tiga tips saja 
ada lagi beberapa tips akan disambungkan pada part 2 
jumpa lagi pada bahagian yang akan datang,
jemput datang lain hari ye!
Zaijian! ^_^



Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

04 January 2012

Apa itu BIF pk??




salamat pagi semua!! 
tengah malam begini mata pun tak dibuai lena lagi
jadi aku ambil kesempatan ni untuk update blog ^_^
kali ni aku nak tanya korang pasal, apa tu BIF pk?
hah, tahu tak  apa benda alah tu
BIF pk tu sebenarnya ada maksud yang tersirat disebaliknya 
iaitu :

B : Built
I  : In
F : Flash

p : pada
k : kamera                

Haha, ni la maksudnya. Bila di gabungkan akan menjadi Built-in flash pada kamera, jadi sebenarnya aku nak update entry mengenai tips menggunakan Built-in flash pada kamera.  ^_^

Apabila korang menggunakan build-in flash pada kamera, korang perlu sedar bahawa hood lensa atau laras lensa akan menghalang cahaya dan menyebabkan ‘vignetting’ pada imej. Oleh itu, apabila menggunakan build-in flash pada kamera, elakkan dari menggunakan hood pada lensa. Walau sekali tanpa hood lensa, vignetting (bayangan arch/berbentuk melengkung) akan kelihatan jika cahaya dihalang oleh laras lensa, jadi lebih baik untuk menggunakan unit flash optikal (hot-shoe atau jenis handle-mount). Beberapa keadaan, seperti ukuran fokal dan jarak fokus menyebabkan vignetting yang berbeza dan bergantung kepada kamera. Jadi, dicadangkan agar korang menguji tahap vignetting untuk setiap ukuran fokal dan jarak fokus.
hah, bila dah tahu macam mana nak guna Build - in flash, 
barulah tak ada masalah yang akan menggangu korang kan?

jadi..
itu saja untuk entry hari ini,
tadi bukan kemaen semangat aku update blog...
sekarang dah banyak pari-pari kenit atas kepala aku ni,
tu menandakan aku dah ngantok.hehe.
so, selamat malam dan pagi ^_^



Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

31 October 2011

Tips Menangkap Gambar




hye kamu semua..!! ^_^
lama rasenya tak update blog. rindu pula nak update.hehe
kali ni aku nak share pasal macam mana gaya untuk menangkap gambar
alah..mungkin ada sesetengah memandang remeh perkara camni kan
yela mana taknyer, tangkap gambar je kot bukan susah pun kan
snap-snap tub-tub dah jadi gambar. ye idak?
hah, jangan pandang remeh sangat,
memang aku tak nafikanlah, memang nampak sangat remeh tapi pernah tak kamu semua fikir apa guna tangkap gambar kalau style kamu semua sama je ngan orang lain?
tak syok la beb.. tak kisah lah kamu guna kamera dslr or compact, yang penting tangkap gambar.
ok, kalau camtu jom kite selami tips gaya menangkap gambar.

Firstly : Posisi badan
hah, tang bab ni maksudnye posisi badan kamu semua lah
gaya camne kamu semua tangkap gambar.
adakah berdiri tegak? Duduk? Baring? Meniarap? atau selain dari yang ini.
mana satu posisi yang sering di gunakan?
of course la majoriti berdiri kan. Senang.. tak payah nak tertonggeng sana sini
kang salah tonggeng tak ke naya badan tu...
tapi kalau kamu semua tak nak same ngan orang lain cuba lah gaya-gaya selain yang biasa dilakukan kamu tuh.. barulah gambar yang kamu ambik tu ada kelainan sikit. kalau tak caye cubalah sendiri. :)

Nombor 2 : Bingkai gambar
bila kita tangkap gambar, framing gambar tu mestilah kena cantik dan unik
mata kita melihat apa sahaja dan sudah tentu sama ngan mata manusia yang lain
jadi, dalam gambar kita boleh mencipta sesuatu framing yang baru iaitu berbeza dengan pandangan mata kita
sebagai contoh macam gambar ni :


bezakan ngan pandangan mata biasa? hehe.. mestilah kan, tak kanlah saja-saja kita nak tunduk tengok kawan kita dari bawah camni kan?hehe.. ok, gambar ni di ambil dalam posisi separuh baring. framing?  macam apa yang kamu semua lihatlah. itulah framingnye.  kita mesti pandai memilih bingkai yang menarik supaya gambar pun kelihatan menarik. :)

Yang ketiga : Kreatif
kreativiti ni sangat penting, kalau kamu semua tak kreatif gambar yang di tangkap pun tak kreatiflah...
jangan bagi alasan nak tangkap gambar hanya perlu di tempat-tempat yang cantik je
membazir duit, pergi jauh-jauh tapi tak gunakan apa yang lebih dekat dengan diri tu
kat kawasan sampah or apa sahaja pun boleh je tangkap gambar yang penting kreatif tu perlu ada dalam diri seorang fotografer. betul tak?


aku rasa yang ni jela yang penting bagi gaya menangkap gambar supaya gambar tu lebih menarik.
bagi pendapat aku ok, tak tahulah pendapat kamu camne. lain orang lain tipsnya. hehe.. k la u all,  hari dah pagi buta ni. kita jumpa pada post yang akan datang lagi eh. :)



Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

12 October 2011

Tips Jaga Kamera




Baiklah kawan-kawan kali ni aku akan berikan tips pula, iaitu tips penjagaan kamera. Tak kisahlah kamera digital biasa or kamera DSLR ye yang penting ia adalah kamera. :) 

Bila masing-masing dah ada kamera, banyak pantang larang yang perlu kamu semua patuhi supaya kamera sentiasa dalam keadaan yang sempurna. Tak kisahlah kamu beli compact atau DSLR, penjagaan kamera patut diberi perhatian serius, kalau tak, sia-sialah duit yang kamu semua laburkan untuk beli kamera tu kan. Kadang-kadang aku sendiri pun ambik ringan dalam bab-bab jaga kamera ni, maklumlah orang sibuk lah katakan..hehe.. Tapi bila difikirkan balik, dah habis beribu-ribu duit untuk kamera, kenalah jaga betul-betul, nanti kalau rosak diri sendiri jugak yang susah. Betul kan? lainlah kalau diri tu banyak duit memang senang lah dia lupa duit yang dilaburkan beribu pada awalnya tu kan.hehe

Baiklah kita terus ke tips tu eh. Tips yang pertama ya kawan-kawan : 

Pembersihan :
Maksud di sini, selepas setiap kali menggunakannya ia harus dibersihkan, bukan bagi mandi terus taw.. kalau nak jahanam terus bagi jela mandi ye.hehe.  Untuk memebersihkannya guna perlalatan yang sesuai seperti blower dan microfiber cloth. Pastikan kamera bersih dari habuk, pasir dan air. Ingat, JANGAN JADI PENGOTOR! walaupun dari sudut ini.

Sejuk ke panas :
Kalau kamu bawak kamera di tempat yang sejuk cth bilik berhawa dingin dalam jangka masa yang lama, pastikan kamu tak keluarkan kamera dari beg secara mengejut bila keluar dari bilik berhawa dingin atau ke tempat yang lebih panas. Kalau kamu buat macam tu, proses kondensasi atau wap air akan terhasil dalam kamera & kemungkinan kamera kamu dijangkiti fungus sangat tinggi. Untuk elakkan perkara ni berlaku, biarkan kamera dalam beg, dalam 15- 20 minit sehingga suhu kamera sama dengan persekitaran. Pastu baru kamu boleh keluarkan kamera dari dalam beg.

Elak dari sinaran matahari yang berterusan :
Jangan biarkan kamera kamu semua berjemur macam orang yang berbaris kat padang kawad, nanti kamera kamu sunburn..duit pun burn.baru padan muka.hehe..

Hobi Menggantung :
Ini bukan gantung diri taw..ini ialah pasal tali jadikan menggantung kamera di leher sebagai habit. Tak pun kamu lilitkan strap atau tali kamera kat tangan supaya kamera tak jatuh berderai di lantai. Hati kamu pun akan berderai sekali..hehe.

Filter :
Masa mula-mula beli kamera seeloknya beli filter sekali untuk setiap lens. Kalau kamu beli 2 lens, pastikan dua2 lens ada filter, kalau 20 lens, maknanya beli 20 filter..hehe.. Boleh pakai UV filter atau pun CPL filter. Filter sangat penting untuk elak lens terkena habuk kenit-kenit tu. Lens pulak bukannya kamu boleh lap macam tu je sebab nanti akan merosakkan coating lens. Jangan lakukan demikian ye.

Jangan bagi kena Air :
Anggap lah kamera kamu tu macam kambing, tak boleh kena air langsung. Kalau terkena jugak, terus lap dengan kain kering. Lepas tu simpan dalam drybox. Kalau takda drybox, simpan dalam container pastu letak silika gel yang kamu selalu jumpa dalam kotak kasut untuk menyerap kelembapan. Kalau kamu biarkan kamera dalam kelembapan yang tinggi, kemungkinan besar fungus atau kulat akan membiak terutama kat lens yang boleh menjejaskan kualiti gambar. Kos nak bersihkan fungus pun bukan murah, dalam RM100 ke atas. Kalau rasa nak membazir, ternaklah fungus banyak2 :)

Berpasir-pasiran :
Seelok-eloknya elakkan bawak dslr di tepi pantai atau tempat yang berpasir sebab pasir boleh masuk di celah2 lens dan button kamera. Paling parah kalau masuk dalam lens sebab boleh menyebabkan lens  jadi stuck kalau nak bawak jugak, balut dslr kamu dengan kain atau plastik k.

Wash ur hand first! :
Basuh tangan bagi bersih dulu, terutama selepas memegang minyak rambut, sunblok, losyen dan apa jua jenis produk penjagaan diri. DSLR sebenarnya amat sensitif dengan produk kecantikan seperti ini. Jadi basuh tangan terlebih dahulu. lepas tu janganlah cerdik sangat pegang dalam tanagn basah2. lak ye. Tengok, kamera pun pandai memilih taw, bukan manusia je. hehe

Gel Silika :
Wajib ada dalam beg kamera kamu untuk menyerap kelembapan. Rasanya aku ade ke gel tu ek? entah, aku pun tak perasan.hehe..nanti aku cek balik.hehe..

Jangan Banyak Tangan :
Baiklah, kat sini maksudnya ialah kamera kamu tu jangan bagi banyak tangan sangat guna. First aku beli kamera, abang yang jual kamera tu pun ade pesan kat aku awal2 so tu yang aku nak share ngan kamu tu. Bukan kedekut taw tapi penjagaan keselamatan itu penting. Kalau kita bagi banyak sangat tangan guna kamera kita tu ia boleh menjadi lagi cepat rosak.. Yela, kalau orang yang pinjam dslr tu tak reti guna dan pandai-pandai je memandaikan diri tak ke naya tiba-tiba jahanam? kalau nak ganti takpela, kalau di buatnya tak tahu macam tak de perasaaan bersalah camne? sendiri tanggunglah.hehe. apa-apa pun ikut kamulah ye. kalau rasa berani tanggung risiko silalah ye.hehe


Screen Protector :
Kalau sayang screen kamera tu bolehlah pasang. Kalau tak sayang pun kena pasang jugak sebab kos nak tukar screen bukannya murah. Paling bagus pakai yang hard cover, takut2 terhentak screen tu, takla pecah.
Ok itu saja tips-tipsnya, dah taw macam mana kan nak jaga kamera dengan lebih sempurna. bagus2. Kalau camtu kita jumpa pada post yang akan datang lagi ya. Zaijian! :)



Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

Copyright©2011.All Right Reserved by MERPATISEJOLI45