19 January 2012

Tips Makro...guna kamera kompak sama tak dengan DSLR (part 1)




Apa khabar?
harap korang semua sihat walafiat. :)
Maaf lambat update, disebabkan aku baru habis final exam,
Alhamdulillah..harap-harap result akan lebih gempak gedebaboOmM! :)
kali ni aku nak update mengenai makro..
Menggunakan kamera kompak mampukah sama dengan DSLR?

Sesetengah para penulis, seringkali menulis mengenai fotografi maikro atau macro untuk mereka mempunyai kamera DSLR dengan lensa macro, tetapi bagaimana bagi mereka yang hanya ada kamera kompak saja?
Jangan risau, di sini pada part 1, korang pasti akan dapat jawapannya.
Ada beberapa tips untuk membantu korang untuk mendapatkan hasil yang berkualiti :

1) Pilih Mod Macro
Secara nyata, ini merupakan langkah pertama namun agak menghairankan apabila pemilik kamera kompak kadangkala terabai mahupun terleka atau tidak pernah mencuba untuk menukar mod tangkapan yang ada pada kamera mereka. 
Biasanya lambang mod macro menggunakan ikon bunga kecil dan apabila dipilih ia akan mengarahkan kamera untuk memfokus kepada objek yang lebih dekat.
Selain itu, mod macro juga mengarahkan menggunakan aperture yang lebih besar supaya subjek atau objek akan lebih terang dari latar belakang.

2) Gunakan tripod
Bagi menangkap gambar micro,
penggunaan tripod menjadi sangat berguna walaupun merakam melalui kamera kompak.
Hal ini bertujuan, untuk memastikan kamera korang sentiasa pegun dan gambar tidak bergoyang.
Malah ia membenarkan korang mencuba plbagai tetapan tanpa kehilangan komposisi subjek atau objek.

3) Fokus
Dalam fotografi micro, ia akan membantu jika jurufoto mempunyai kawalan penuh terhadap fokus terutama ketika korang hanya mempunyai kedalaman medan yang sedikit. Ini akan membolehkan hanya subjek atau objek mahu dirakamkan memperolehi fokus yang tepat. Jika kamera korang boleh fokus secara manual, maka pilihlah opsyen ini dan fokus secara manual pada bahagian subjek atau objek yang dinginkan untuk mendapatkan titik perhatian. 


Baiklah, pada part 1 ni hanya tiga tips saja 
ada lagi beberapa tips akan disambungkan pada part 2 
jumpa lagi pada bahagian yang akan datang,
jemput datang lain hari ye!
Zaijian! ^_^



Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

6 comments:

~Nana BamBam~ said...

wah ade part 2 ke..huhu

merpatisejoli45 said...

yup! :)

Ini BAMBS! said...

amboiii..mendalamnye pengetahuan bab2 camera. *terpegun*

merpatisejoli45 said...

Alhamdulillah.. ^_^

syazwina said...

hye merpatisejoli=) kta follow awk=)

seems like you've a very great photography background=) good job.

merpatisejoli45 said...

hye syazwina, Alhamdulillah.. thanks! :)

Copyright©2011.All Right Reserved by MERPATISEJOLI45