20 January 2012

Tips Makro...guna kamera kompak sama tak dengan DSLR (part 2)




Jumpa lagi dengan sambungan yang semalam ye.
Baiklah kita teruskan ke tips yang seterusnya :

4) Komposisi
Untuk para fotografi ia tidak akan lari dengan komposisi. Apabila hendak mengambil gambar,
pastikan setiap imej yang hendak diambil itu mempunyai titik perhatian dan meletakkan titik fokus dalam komposisi yang baik bagi membolehkan pandangan mata korang terus ke objek yang dirakamkan. Kalau boleh jangan rakamkan latarbelakang yang serabut. Hal ini kerana, untuk mengelakkan objek utama tidak tenggelam atau bersaing dengan latar belakang.

5)  Flash
Bagi mengambil gambar micro, menggunakan lampu semulajadi atau lampu buatan merupakan aspek yang penting. Cabaran menggunakan kamera kompak ialah korang tidak mempunyai kawalan penuh terhadap flash. Jadi pemilihan waktu yang sesuai sangat diambil berat.  Untuk hasil yang baik, pilihla waktu siang.

6) Rakam Gambar
Apabila korang dah bersedia dengan kesemua tips yang diberi, rakamlah gambar yang dikehendaki korang. Setelah merakam, pastikan korang meneliti imej tersebut pada LCD. Zoomkan gambar tersebut untuk melihat fokus korang tu kena sasaran yang korang nak.  Selain tu, untuk mendapatkan hasil yang terbaik, cuba korang rakam dengan menggunakan aperture, komposisi dan fokus yang berbeza. Untuk pengetahuan korang, sesetengah kamera kompak mempunyai aksesori tambahan bagi fotografi micro. Jadi, bagi korang yang gemar untuk membuat banyak kerja micro, pelaburan membeli aksesori ni bukan sesuatu yang membazir.

7) Pemasa Sendiri
Kebanyakan kamera kompak tidak mempunyai fungsi yang menggunakan kabel pelepas pengatup seperti DSLR, tetapi sebagai ganti korang boleh setkan masa korang dengan sendiri. Sebagai contoh, seolah-olah korang tidak menggerakkan kamera ketika mengambil gambar untuk beberapa saat.


Hah, itu saja tips yang diperlukan oleh korang yang memiliki kamera kompak untuk mengambil gambar micro.
Apa? tak tahu gambar micro tu camne..?
Ok-ok, jangan risau.. ni aku bagi contoh gambar micro sekali :




kedua-dua gambar di ambil dari goggle image

Inilah contoh gambar micro,
goggle image je..goggle je terus dapat.hehe. Sebenarnya aku malas nak godek album sendiri..
Maklumlah dah tengah hari, perut pun dah berdondang sayang..
Jumpa lagi pada entry akan datang. 
Bagi mereka balik ke kampung hati-hati di jalan raya
Untuk diri sendiri juga, aku akan balik perak after jumaat nanti.
Doakan aku selamat sampai ye kawan-kawan.
Sebelum tu, aku nak ucapkan kot-kot ada pembaca yang menyambut tahun baru cina kan

Huaren xinnian,
gongxi gongxi, gongxi facai
Gongxi gongxi, xinnian kuaile!
dan
 tak lupa juga pada kekasih jantung hatiku
yang menyambut hari lahir esok iaitu 21 Januari 2012
Selamat Hari Lahir yang ke 23 hubby! 
^_^



Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

4 comments:

zOeY zAu YaH said...

ilmu nih ilmu hehe..

merpatisejoli45 said...

yup2,harus pelajari. hehe. :)

logorithm said...

Gong xi fa cai! Hehe...

Hari tuh ada try ambik gambar macro ngan kamera DSLR kawan. Lenguh tangan oooo...

merpatisejoli45 said...

logorithm : hehehe. senaman tgn skali la tu. :)

Copyright©2011.All Right Reserved by MERPATISEJOLI45