12 October 2011

Tips Jaga Kamera




Baiklah kawan-kawan kali ni aku akan berikan tips pula, iaitu tips penjagaan kamera. Tak kisahlah kamera digital biasa or kamera DSLR ye yang penting ia adalah kamera. :) 

Bila masing-masing dah ada kamera, banyak pantang larang yang perlu kamu semua patuhi supaya kamera sentiasa dalam keadaan yang sempurna. Tak kisahlah kamu beli compact atau DSLR, penjagaan kamera patut diberi perhatian serius, kalau tak, sia-sialah duit yang kamu semua laburkan untuk beli kamera tu kan. Kadang-kadang aku sendiri pun ambik ringan dalam bab-bab jaga kamera ni, maklumlah orang sibuk lah katakan..hehe.. Tapi bila difikirkan balik, dah habis beribu-ribu duit untuk kamera, kenalah jaga betul-betul, nanti kalau rosak diri sendiri jugak yang susah. Betul kan? lainlah kalau diri tu banyak duit memang senang lah dia lupa duit yang dilaburkan beribu pada awalnya tu kan.hehe

Baiklah kita terus ke tips tu eh. Tips yang pertama ya kawan-kawan : 

Pembersihan :
Maksud di sini, selepas setiap kali menggunakannya ia harus dibersihkan, bukan bagi mandi terus taw.. kalau nak jahanam terus bagi jela mandi ye.hehe.  Untuk memebersihkannya guna perlalatan yang sesuai seperti blower dan microfiber cloth. Pastikan kamera bersih dari habuk, pasir dan air. Ingat, JANGAN JADI PENGOTOR! walaupun dari sudut ini.

Sejuk ke panas :
Kalau kamu bawak kamera di tempat yang sejuk cth bilik berhawa dingin dalam jangka masa yang lama, pastikan kamu tak keluarkan kamera dari beg secara mengejut bila keluar dari bilik berhawa dingin atau ke tempat yang lebih panas. Kalau kamu buat macam tu, proses kondensasi atau wap air akan terhasil dalam kamera & kemungkinan kamera kamu dijangkiti fungus sangat tinggi. Untuk elakkan perkara ni berlaku, biarkan kamera dalam beg, dalam 15- 20 minit sehingga suhu kamera sama dengan persekitaran. Pastu baru kamu boleh keluarkan kamera dari dalam beg.

Elak dari sinaran matahari yang berterusan :
Jangan biarkan kamera kamu semua berjemur macam orang yang berbaris kat padang kawad, nanti kamera kamu sunburn..duit pun burn.baru padan muka.hehe..

Hobi Menggantung :
Ini bukan gantung diri taw..ini ialah pasal tali jadikan menggantung kamera di leher sebagai habit. Tak pun kamu lilitkan strap atau tali kamera kat tangan supaya kamera tak jatuh berderai di lantai. Hati kamu pun akan berderai sekali..hehe.

Filter :
Masa mula-mula beli kamera seeloknya beli filter sekali untuk setiap lens. Kalau kamu beli 2 lens, pastikan dua2 lens ada filter, kalau 20 lens, maknanya beli 20 filter..hehe.. Boleh pakai UV filter atau pun CPL filter. Filter sangat penting untuk elak lens terkena habuk kenit-kenit tu. Lens pulak bukannya kamu boleh lap macam tu je sebab nanti akan merosakkan coating lens. Jangan lakukan demikian ye.

Jangan bagi kena Air :
Anggap lah kamera kamu tu macam kambing, tak boleh kena air langsung. Kalau terkena jugak, terus lap dengan kain kering. Lepas tu simpan dalam drybox. Kalau takda drybox, simpan dalam container pastu letak silika gel yang kamu selalu jumpa dalam kotak kasut untuk menyerap kelembapan. Kalau kamu biarkan kamera dalam kelembapan yang tinggi, kemungkinan besar fungus atau kulat akan membiak terutama kat lens yang boleh menjejaskan kualiti gambar. Kos nak bersihkan fungus pun bukan murah, dalam RM100 ke atas. Kalau rasa nak membazir, ternaklah fungus banyak2 :)

Berpasir-pasiran :
Seelok-eloknya elakkan bawak dslr di tepi pantai atau tempat yang berpasir sebab pasir boleh masuk di celah2 lens dan button kamera. Paling parah kalau masuk dalam lens sebab boleh menyebabkan lens  jadi stuck kalau nak bawak jugak, balut dslr kamu dengan kain atau plastik k.

Wash ur hand first! :
Basuh tangan bagi bersih dulu, terutama selepas memegang minyak rambut, sunblok, losyen dan apa jua jenis produk penjagaan diri. DSLR sebenarnya amat sensitif dengan produk kecantikan seperti ini. Jadi basuh tangan terlebih dahulu. lepas tu janganlah cerdik sangat pegang dalam tanagn basah2. lak ye. Tengok, kamera pun pandai memilih taw, bukan manusia je. hehe

Gel Silika :
Wajib ada dalam beg kamera kamu untuk menyerap kelembapan. Rasanya aku ade ke gel tu ek? entah, aku pun tak perasan.hehe..nanti aku cek balik.hehe..

Jangan Banyak Tangan :
Baiklah, kat sini maksudnya ialah kamera kamu tu jangan bagi banyak tangan sangat guna. First aku beli kamera, abang yang jual kamera tu pun ade pesan kat aku awal2 so tu yang aku nak share ngan kamu tu. Bukan kedekut taw tapi penjagaan keselamatan itu penting. Kalau kita bagi banyak sangat tangan guna kamera kita tu ia boleh menjadi lagi cepat rosak.. Yela, kalau orang yang pinjam dslr tu tak reti guna dan pandai-pandai je memandaikan diri tak ke naya tiba-tiba jahanam? kalau nak ganti takpela, kalau di buatnya tak tahu macam tak de perasaaan bersalah camne? sendiri tanggunglah.hehe. apa-apa pun ikut kamulah ye. kalau rasa berani tanggung risiko silalah ye.hehe


Screen Protector :
Kalau sayang screen kamera tu bolehlah pasang. Kalau tak sayang pun kena pasang jugak sebab kos nak tukar screen bukannya murah. Paling bagus pakai yang hard cover, takut2 terhentak screen tu, takla pecah.
Ok itu saja tips-tipsnya, dah taw macam mana kan nak jaga kamera dengan lebih sempurna. bagus2. Kalau camtu kita jumpa pada post yang akan datang lagi ya. Zaijian! :)



Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

2 comments:

Afzainizam said...

yupppp benda ni sensetif ngan air beb

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
diy polishing crome sportrim

merpatisejoli45 said...

ye bro, ia sangat sensitif. :)

Copyright©2011.All Right Reserved by MERPATISEJOLI45