11 October 2011

Langkah awal fotografi :)






"Eh, apa tu shutter speed?? untuk lumba kereta ke. hm, ISO tu apa..bunyi macam nama planet alien je..haish..aperture dengan exposure tu apa pulak.. ?tak fahamlah aku.."  orait, stop dialog. :) 
Ada tak sesiapa yang berdialog macam ni?  = tepuk dada tanya diri.  :) kepada mereka yang tak faham, di sini aku akan terangkan apa itu benda alah di atas ya.
Baiklah, sebenarnya benda alah di atas ialah ilmu asas paling utama dalam fotografi. Jadi kali ni kita akan tengok apa itu ilmu asas fotografi dengan lebih mendalam iaitu shutter speed, ISO dan juga apperture. Kalau kamu semua berminat dalam menangkap gambar dan guna dslr kamu mesti menguasai ketiga-tiga konsep ni. Kalau tak, gambar yang ditangkap itu akan menjadi gambar blur, tak sharp, terlalu terang atau terlalu gelap and so on. Untuk pengetahuan kamu semua, shutter speed, aperture dan ISO mempengaruhi exposure. Gelap atau terang sesuatu gambar bergantung kepada exposure.


Shutter Speed
  • Shutter speed adalah jangka masa shutter terbuka. Semakin lama shutter terbuka, semakin banyak cahaya masuk dan sebaliknya.
  • Dikira dalam unit saat bermula dari BULB (shutter terbuka selagi menekan shutter) 30 saat hingga 1/8000 saat.
  • Untuk mengelakkan gambar blur, gunakan shutter tidak kurang dari 1/60. Kalau kamu guna di bawah 1/60, cth 1/50, gunakan tripod.


Aperture

  • Aperture merupakan bukaan iris pada lens.
  • Dikira dalam unit F, bermula pada F1.4 – F32 – ia bergantung pada lens, ada lens mempunyai aperture bermula dari F1.4 dan ada juga yang bermula dari F3.5
  • Semakin besar nilai aperture (cth: F22), semakin kecil bukaan lens dan semakin sedikit cahaya yang masuk dan sebaliknya, semakin kecil nilai aperture, semakin besar bukaan dan semakin banyak cahaya masuk.
ISO


  • ISO pulak kesensitifan sensor terhadap cahaya. Kalau dulu orang pakai filem dan setiap filem tu ada gred atau nombor seperti 100, 200, dan 400 bergantung kepada tempat yang kita nak shot. Kalau kamu nak shot kat tempat yang cerah, biasanya filem 100 atau 200 dan sebaliknya, kalau kamu nak shot dalam keadaan yang kurang cahaya seperti waktu malam, kamu kena pakai filem 400 dan keatas.
  • Pada zaman sekarang, filem dah digantikan dengan sensor. Jadi sensor tu kita boleh adjust ISO nya, tak macam dulu, di mana kamu kena beli filem yang berasingan. betul kan?
  • Semakin tinggi ISO, semakin sensitif sensor atau filem terhadap cahaya, jadi kamu boleh ambik gambar di tempat yang gelap tanpa menggelapkan gambar tersebut dan begitulah sebaliknya.
  • Tapi kena ingat, semakin tinggi ISO, ‘noise’ juga akan semakin kelihatan. Jadi berhati-hati ya :)

ok, macam mana? dah tahu apa itu shutter speed, ISO dan juga apperture? harap-harap kamu semua fahamlah ngan apa yang aku taipkan ni. kalau still tak faham jugak, baca sampai faham k. hehe. that's all 4 today.. untuk tahu post yang akan datang folowlah blog ni ye. Just klik join this site kat bawah sekali ye. mereka yang xde blog pn bole folow klik je.hehe.. (blog ni best! hehe..cait,perasan je aku ni kan..)  Zaijian! :)


  

Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

4 comments:

Afzainizam said...

kena tahu gak penata cahaya... kerana gambar cantik cahaya kena pandai main..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
diy polishing crome sportrim

merpatisejoli45 said...

betul, betul, betul. klu xreti main cahaya, gmbr memg xcntek..

Saya Coke said...

http://ejadfotopoyo.blogspot.com/p/tips-tricks.html
link blog ni byk ttg photography......
byk info2......
try la usha2....

merpatisejoli45 said...

tima ksh coke, nt kami try usha k. :)

Copyright©2011.All Right Reserved by MERPATISEJOLI45