10 October 2011

Jenis-jenis Lensa




Sebelum ini aku update mengenai apa itu DSLR kan. Jadi untuk lebih mendalami tentang dunia kamera ni, kali ni aku bawa korang semua untuk mengetahui jenis-jenis lens yang ada pada zaman atom ni. Pertama sekali kita kenal dulu apa itu lens ya. 
Lens atau lensa adalah aksesori terpenting pada sesebuah kamera. Kalau tiada lens macam mana korang semua nak tangkap gambar kan. Lens juga menentukan kualiti gambar yang kamu ambik, bukan kamera (ingat ya).  Kalau kamu beli dslr yang harganya mencecah  beribu-ribu pun, tapi kalau lens tak berkualiti, gambar  atau imej yang dihasilkan oleh kamera pun akan jadi kurang berkualiti. Sehubungan itu, lens bertindak seperti mata, iaitu mengawal cahaya yang masuk ke dalam kamera melalui aperture. Untuk masa sekarang ni terdapat banyak jenis lens yang berada di pasaran. Setiap jenis lens mempunyai keistimewaan tersendiri. Lens boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:

Standard Lens

Standard lens atau kitlens biasanya dalam range 18-50mm (Canon, Nikon) dan 18-70mm (Sony, Minolta). Lens ni biasanya dipakejkan sekali dengan body dslr. Sesuai digunakan untuk apa-apa jenis event sama ada indoor atau outdoor. Nak shot landskap boleh, shot potrait pun boleh. Nasihat aku sebelum kamu decide nak tambah koleksi lens, pastikan kamu dah push kit lens sampai ke limitnya, maksud aku gunakan kitlens untuk apa juga keadaan. Bila kamu rasa kitlens ni ada kekurangan, baru kamu beli lens baru untuk cover kekurangan kitlens tu. Kalau main beli je kan membazir je, membazir tu kan amalan syaitan..

Ultra/Wide Angle Lens

Wide angle lens biasa digunakan untuk shot landscape supaya dapat capture sudut yang lebih luas. Selalu digunakan dalam wedding photography supaya gambar pengantin dan latar belakang lebih menonjol. Contoh wide angle lens seperti sigmga 10-20mm, Tamron 10-24mm dan banyak lagi, kamu search je kat google. Wide Angle Lens kadang2 dipanggil Ultra Wide Lens atau UWA. Harga lens ni lebih mahal berbanding kitlens, sekitar RM1800 ke atas.

Telephoto / Zoom Lens

Masa tengok Piala Dunia kamu perasan tak kat tepi-tepi padang  ramai photographer2 dengan lens yang macam bazooka tu. Itu dipanggil zoom/telephoto lens. Telephoto lens ada banyak jenis. Bagi yang kurang bajet, boleh beli lens macam Sigma 75-300mm, Sony 55-200mm dan Tamron 75-300mm. Kalau rasa banyak duit, bolehlah beli lens putih yang macam bazooka tu, paling murah pun RM5500..hehe..ada berani melabur banyak tu?
Selain itu, zoom lens ini juga biasa digunakan dalam sport/action photography macam bola sepak, supaya pemain bola tu nampak jelas dan besar. Lagi satu boleh jugak kamu  guna untuk shoot potrait untuk mendapatkan bokeh yang lawa.

Macro Lens

Macro lens direka khas untuk ambik gambar yang kamu perlu close up habis-habisan. Contohnya kalau kamu nak ambik gambar lalat dan nak lalat tu nampak besar dan jelas, kamu kena guna macro lens. Kelebihan macro lens ni dari lens lain ialah Minimun Focus Distance (MFD). Untuk lens-lens biasa, kamu tak boleh letak lens dan objek terlalu rapat sebab lens takkan boleh fokus pada objek. Try kalau tak percaya. Contoh lens macro yang popular ialah Sigma 90mm. Harga dalam lingkungan RM1000.

Prime Lens

Tiada kaitan dengan Optimus Prime, prime lens juga dikenali sebagai fix lens sebab lens jenis ni kamu tak boleh nak zoom in dan zoom out. Tapi kualiti gambar prime lens sangat baik berbanding lens-lens lain. Sesuai untuk potrait sebab prime lens menghasilkan bokeh yang amat lawa. Prime lens jugak mempunyai nilai aperture yang tinggi sehingga F1.4, so korang boleh shot dalam keadaan yang gelap, tak payah pakai flash. Ada banyak jenis dan range prime lens, yang paling popular ialah 50mm F1.8. Korang boleh beli prime lens dengan harga yang murah bermula dari RM350 untuk 50mm. 

Fisheye Lens

Sebenarnya fisheye lens tergolong dalam Ultra/Wide Angle Lens. Cuma yang membezakan ialah efek melengkung yang dihasilkan oleh lens ni. Biasanya photographer guna untuk shot landskap dan shot yang  kreatif. Contoh lens fisheye ialah Samyang 8mm dan bayak lagi. Kamu search kat google, kalau nak contoh gambar boleh pegi kat flickr dah search 8mm fisheye. Harga fisheye dalam bermula dari RM1ooo.
Ada satu lagi jenis lens iaitu Lensbaby. Lens ni kurang peminat, jadi aku bagi info yang kamu semua minat jela ye. So kalau berhasrat nak tambah koleksi lens, jangan sebab ikut kawan dan jangan  pula sebab nak bagitau kat orang lain kamu tu banyak duit.. beli tu biarlah bersebab. Kalau ada lens banyak pun tapi tak tau nak guna, baik tak payah kan. Lagipun sebenarnya kamu tak perlu beli semua lens, beli ikut  gaya shooting kamu semua. Kalau banyak pada landskap, ambik fisheye atau UWA. Suka ambik potrait, prime lens amat digalakkan, lagipun harga sangat murah dan kualiti gambar agak kualiti. Kalau suka skodeng anak dara atau laki orang pula, beli telephoto ok? hehe..

Orait, ini saja untuk jenis-jenis lens. Isi pos ni aku ambil dari tempat lain, lupa pula nama web tu.. Baiklah pada post yang akan datang aku akan sediakan info yang lebih dan lebih lebih menarik. TungGuuUU jangan tak tunguu taw.Zaijian! :)


kesemua gambar di atas ehsan dr goggle images :)




Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

No comments:

Copyright©2011.All Right Reserved by MERPATISEJOLI45