15 December 2012

Assalammualaikum kawan-kawan alam maya ku!
sekarang ni nak curi sedikit masa untuk update blog ni.hehe.
sebab minggu depan aku ada final test untuk semester ini.
jadi kena kurangkan banyak masa dari mengadap laptop dan tambahkan banyak masa untuk mengadap nota-nota test. hihihi.

ok, sambungan post sebelom ni. ^_^


Alif ajar aku pandai bawa kereta manual. 

seriously aku rindu sangat-sangat nak bawa kereta manual..huhu.
last bawa manual pun masa aku belajar memandu kat metro tu hah,
lepas-lepas dapat lesen, kereta hubby pun lulus untuk di beli.
bak kata my hubby, selamat untuk aku kalau ada kecemasan.
yela kan, perempuanlah katakan... bila takut habis lupa apa nak buat...
jadi untuk keselamatan, auto car lah jawabnya.hehe.

Senaman untuk montokkan badan.hihihi.
amboi-amboi kamu, sampai ke sini si dia ajar ye.hehe.
yela, dah aku suruh dia wat badan otot-otot ala gusti gitu
jadi si dia pun nak juga lah aku nampak smart.
langkah silat dah belajar, jadi nak kuatkan badan kenalah senam bagi lagi mantop gitu.hehe.
setiap petang ahad, aku akan joging dengan si dia kat taman tasik shah alam,
so, kalau nampak aku petang ahad kat sana tegur-tegurlah, jangan segan taw..aku tak makan orang pun.hehe..tu joging, ada lagi...
yoga mat! hehehe.
untuk aku wat senaman otot kaki + otot perut.
yang ni aku wat sorang-sorang jela dan setiap pagi lepas aku bangun pagi. hehe..
walaupun kecik, kecik-kecik cili padi taw! :D

Alif betulkan aku dalam bacaan. ^_^
aiseh..malu la bab ni..huhu..
tapi tak apalah kan, kenapa nak malu..
nama pun belajar.hehe.. kalau tak belajar sampai bila pun asik salah je.
Alif suruh aku baca apa yang aku baca dalam solat.
satu-persatu dia dengar sebutan aku.hehe.
wah-wah..nak pilih calon isteri sampai gitu di buatnya..ni yang buat aku lagi sayang kat si dia sangat-sangat!
si dia uji aku baca Iftitah, Al-fatihah, surah-surah lazim, tahiyyat akhir, doa qunut
dan sehubungan dengannya lagi.
nak tahu lulus ke tak ujian tu?
mestilah lulus, tak kan lah tak lulus kan.
cuma gagal sedikit dalam tajwid..
maklumlah darah muda, suka sangat lalai kadangkala..walaupun sebelum ni dah belajar banyak kali..
jadi aliflah ajarkan semula tajwid kat aku. ^_^
dari sini aku tak payah uji si dia pula, sebab aku dah tahu si dia macam mana.hehe.
sayang hubby sangat-sangat!

lagi apa ye..erm, banyak dia ajar aku dalam hidup ni.

Alif ajar aku kuatkan semangat. ^_^
kalau tak ada alif mesti aku tak akan belajar sampai tahap aku belajar sekarang ni.
kalau tak ada alif, dah semestinya aku hanya belajar sampai tahap SPM saja..
memang mula-mula my sister aplykan masuk universiti selepas SPM,
tapi masa aku semester 3 diploma kot
aku fail subjek bel iaitu English subject..huhu..ngam-ngam soi!
dah semua sibuk suruh aku berhenti belajar...and then mohon kerja lepas tu!
tapi, atas nasihat alif supaya JANGAN MENGALAH dan KUATKAN SEMANGAT!
aku pun teruskan subjek tu untuk semester seterusnya dengan gelaran repeater..
lepas tu, sekali tu jela aku fail dan berjaya habiskan diploma.
dan sambung degree.
hah, masa nak sambung degree pun benda yang sama jadi! tension betul aku...
bodoh sangat ke aku ni...sikit-sikit nak halang apa aku nak belajar... (hah,kan dah terkasar bahasa tu..)
nak suruh kerja, nanti-nanti lah aku kerja...
nasib baik, masa tu abah ada spend money untuk bayar yuran.
dan nasib baik aku kerja kat kedai bahulu masa cuti lepas diploma hari tu.
ada duit dan dapat bayar deposit rumah sewa kat shah alam ni. (habis gaji aku untuk 3 bulan bayar deposit, tapi tak apa..bersusah-susah dahulu senang-senang kemudian.. ^__^)
untuk duit belanja aku pula, terpaksalah aku kuarkan duit aku dalam bank. (ni lah faedahnya bila suka menabung.hehe) 
dalam degree ni, aku belajar sungguh-sungguh sampai aku berjaya dapat dekan.
wahaha, seronok gileeerrr! dan tu yang buat aku untuk terus suka untuk timba ilmu sampai meleleh-leleh!
jadi sekarang aku dah semester lima tahun akhir.
walaupun sekarang darah manis, my hubby nasihatkan jangan fikir sangat pasal kahwin.
habiskan belajar dulu, satuu sem saja lagi.. dan lepas tu baru fikir puas-puas.hehe.
(tapi kadang-kadang aku curi-curi juga search kat pak cik goggle pasal baju kahwin semua.haha.degil kan?)

eh, oklah you all..
dah nak dekat 12.30..nak kuar lunch ngn hubby.
tata!
mmmmuah! ^______^


Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

2 comments:

intanfirdaus247 said...

Selamat tgh ari..makan sedap2 ye..:)

merpatisejoli45 said...

selamat tgh ari kak intan. sedap mkn td,hehe. ikn keli bakar! :)

Copyright©2011.All Right Reserved by MERPATISEJOLI45