19 December 2012

my story (part 1)

Assalamualaikum semua,
sihat? dah solat?? kalau belum jangan lupa solat ye. 
Firstly, aku nak ucapkan syukur Alhamdulillah sebab semester lima yang aku lalui ni sudah berakhir semalam.
lepas ni aku akan menempuh satu semester sahaja lagi.
Jadi kamu-kamu semua doakan ye kejayaan aku. amin. ^_^
baiklah, kali ni aku nak update mengenai diri aku, aku dan aku.
tak kan nak update pasal orang lain kan?hehe. (itu bukan diri aku kalau tiba-tiba nak update pasal orang lain) 

Sepanjang aku kenal dengan my fiancee, 
ramai di kalangan kawan lama terkejut dan soalan yang di bangkitkan,
macam mana kau kenal dia?
itu ini dan ini itu...
yelah, mestilah mereka pelik, 
sebab aku dan my fiancee bukan satu sekolah, bukan satu kampung pun. 
padahal rumah kami jauh berbatu kot.
jangan kata rumah sekolah pun jauh berbatu.

Jeng-jeng...begini ceritanya, 
aku kenal alif dekat tempat tusyen.
tapi masa tu kitorang form 2, 
masing-masing sombong ya amat...
tak pernah bertegur sapa pun kalau korang nak tahu.
yela, masa tu aku dah ada orang 'booking'
jadi, kitorang memang tak pernah tegur masa form 2.
sampailah masa hujung form 3 pula, kitorang masih tusyen sama
masa hujung form 3 tu aku single,
jadi mula dari saat tula, my friends said alif ni suka kat aku.
hah, masa tu lampu hijau lah aku pun.haha..
yela single kot, dah cinta pertama  aku tinggalkan aku sebab perempuan lain
dah orang tak nak kan, tak kan nak paksa. betul tak?
hahaha.dulu jela sedih sebab kena tinggal seh.tapi lepas kenal alif tak sedih dah pun.hehehe. 
sebab aku dah dapat cinta sejati. ^_^

sambung balik cerita tadi, hehe.
walaupun aku masih sama tusyen dengan alif masa form 3 tu,
masing-masing jual mahal la, hehe
mana tidaknya, kawan aku dah bagi lampu untuk alif ngorat aku.
masa tu, kawan girl aku tu keluar dengan kawan boy lagi sorang,
then kitorang berempat pergi pasar.hehehe.
kawan aku suruh aku jalan dengan alif,
tapi dua-dua diam! masing-masing ego!haha.
(inilah kali pertama aku keluar 'dating' dengan my fiancee ni. kat pasar malam tu. romantik tak?hehe)

lepas tu....lama kitorang tak berjumpa selepas aku berpindah rumah....
then, jumpa balik masa kitorang form 4 bulan 5.hehe. (jodohlah katakan.hehe)
nak tahu, kitorang jumpa kat mana?
dekat....... stesen bas kamunting. hehehe
masa tu, kitorang cuti sekolah.
aku dan alif baru balik dari sekolah masing-masing untuk pulang ke rumah masing-masing. (gila skema ayat aku.haha)

elok aku turun bas, aku ternampak alif tengah on call kat public fon
then alif terpandang aku, dengan muka tak tahu malu aku pergi lambai tangan dekat alif.
nasib baik, lambaian aku di balas, kalau tak? sorok muka tu bawah bas.haha.
lepas alif habis call, alif datang kat aku then dari situ mulalah tukar-tukar nombor telefon,
tapi sayang...aku mana ada hand phone la...huhu..
jadi aku bagi nombor kawan aku.
memandangkan kawan aku ada folow aku balik rumah aku masa tu.hehehe.. 
jadi, bermula saat tula bibit-bibit cinta kami berputik. cewah.hahaha.

lepas jumpa kat stesen bas tu,
aku dan alif semakin rapat dan.....
pada 6/8/2006 jam 12.15 malam.hehehe
kami bergelar pasangan kekasih. phewiitttt!! ^__^

nasib baik alif pilih aku dari ex-girlfriends dia, 
sebab masa tu ex-girlfriend alif minta couple balik dengan alif masa tu,
dan masa tu juga alif bernasib baik minta couple kat aku malam tersebut 
kalau alif masih ragu-ragu nak pilih aku or ex dia tu mesti aku terlepas kat tangan orang lain..hehe (alif yang cakap eh bukan aku.hehe)
yela, masa 6/8 tu aku folow my parents kat telok senangin ada wat family day.
pagi esoknya aku jumpa si Ja... ni balik. (siapa Ja? tak yah taw ye, not important)
naseb baik aku dah di 'booking' alif. Jadi tak boleh rapat sangat ngan Ja. hehe.

dari situ, kami semakin rapat dan sayang antara satu sama lain.
lepas tu, alif belikan handphone butterfly, comey handphone pertama aku.hehe
macam gambar kat bawah ni, tapi aku punye warna merah.hehe


handphone rama-rama aku antik sikit sebab rosak then tak boleh silent...
gara-gara nyaris kantoi sebab guna handphone kt plkn pada hari biasa
alif bagi aku handphone dia yang boleh silent.hehe.
nokia apa ntah, warna biru.hehe..
hp tu untuk kitorang mesej tiap hari.hehe.
seriously memang kitorang tak boleh berjauhan.hehe
aku guna waktu malam saja pun,
kalau waktu petang nak mampus?
tak pasal handphone kena rampas dah tak boleh mesej terus tiga bulan tu.haha.
(pandai wat pandai tangngungla kan.hehe. nasib baik tak kantoi.hihi. jangan tiru aku taw kalau tak berani.)
apa-apa pun maaf ye jurulatih plkn sebab kedegilan aku.huhu.


okeylah korang sampai sini sajalah,
kalau nak tahu kisah aku lagi,
tunggu esok ye.
nanti akan disambungkan lagi.
jumpa lagi! Zaijian! 
salam.. ^___^


Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

2 comments:

Unknown said...

semoga sampai ke jinjang pelamin...aminn... lama juga ye bercinta?? sy pun nak join jugak..lepas ni jumpa balik mamat backstreet yg sy minat time sekolah..terus sy booking...hahaa

merpatisejoli45 said...

amin. mekasih cik kaki ketawa. :)
aah, lame dh bercinta.hehe. nt klu jpe mamat backstreet jgn leps kn peluang taw! jumpa je trus booking.jgn malu2 nt terlepas.haha.

Copyright©2011.All Right Reserved by MERPATISEJOLI45