07 January 2012

Memilih jenis kamera untuk di beli



Entry kali ni bertajuk seperti yang tertera di atas tu hah,hehe
sebelum tu aku nak tanya korang
siapa ada kamera? pandang skrin laptop atau komputer korang

bagus! rata-rata semua ada kamera
jadi kepada mereka yang baru nak beli kamera tu
ni adalah antara kamera yang ada di bumi bertuah ni.

Secara umumnya, kamera terbahagi kepada 3 iaitu kompak, semi-kompak dan DSLR

contoh kamera kompak

Kamera kompak adalah kamera mudah alih serta mempunyai saiz yang kecil supaya mudah dibawa kemana sahaja. Selain itu, ia juga mudah dimasukkan ke dalam poket mahupun beg tangan korang. Kebanyakan telefon bimbit berkamera juga boleh di anggap kategori ini. Kebanyakan kamera jenis ini mempunyai zoom sama adazoom digital atau analog. Biasanya kamera jenis ini mempunyai antara 5-12 megapiksel. Jika dahulu, kita perlu buat pilihan antara kamera kecil atau gambar yang berkualiti, tapi sekarang, kamera kecil juga sudah setanding yang berkualiti. Kamera kompak juga memiliki beberapa tahap konfigurasi gambar seperti auto flash, auto fokus, mode malam dan sebagainya. Biasanya kamera ini mempunyai konfigurasi yang mudah dan terhad. Malah ia boleh dikatakan kamera jenis automatik.

Manakala, bagi kamera semi-kompak pula, ianya lebih besar dari kamera kompak. Ia mempunyai lensa yang terbonjol keluar daripada badan kamera dan tidak boleh ditukar. Konfigurasi kamera ini pula adalah lebih banyak. Kualiti gambar juga agak tinggi dan boleh dianggap sebagai kamera pertengahan. Antara kelebihan kamera ini ialah kelajuan shutter yang boleh di ubah. Dengan shutter, objek bergerak boleh dipegunkan. kamera ini biasanya memiliki zoom sehingga 12 kali berbeza dengan kamera kompak.

Kamera DSLR pula adalah yang paling mahal dan tercanggih. Ia juga paling berat. DSLR bermaksud Digital Single Lens Reflex. Kamera ini cermin untuk memantulkan gambar. Perbezaan ketara kamera ini adalah lensa kamera boleh ditukar. Lensa boleh ditukar kepada lensa sudut lebar (white-angle) atau fotografi jarak jauh selain menggunakan kanta yang lebih berkualiti. Biasanya kamera jenis ini dimiliki oleh jurugambar profesional, wartawan atau peminat fotografi seperti aku.hehe.. Hal ini kerana, boleh mengambil gambar lebih tajam dan berkualiti. Konfigurasi kamera ini juga lebih banyak dan boleh ditukar mengikut selera korang. Ia juga boleh memilih mood auto mahupun manual.

Contoh kamera DSLR

Itulah kamera yang terdapat di bumi korang tinggal ni, pilihlah kamera yang sesuai dengan korang. Jangan terlalu ikutkan kawan, jika kawan beli DSLR kita pun nak beli jugak.. Sedangkan kita tak mahir menggunakannya. Tapi, kalau nak mahir DSLR pun boleh saja, rajin-rajinlah singgah di blog ni ye. :)



Terima kasih sudi baca. Jemputlah komen, sesungguhnya komen korang sangat bermakna! ^_^

Copyright©2011.All Right Reserved by MERPATISEJOLI45